I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 1, 2011

~Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang ertinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin~.”

(Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah

Tuesday, February 8, 2011

siapa si hamba gila?...

"dek kerana mata yang tidak mahu tertutup..aku menangisi malam ini dengan bermuhasabah diri mengenangkan diri dan dosa silam..melihat keadaan dunai yang semakin parah da bawa usia..sejenak ku terkenang satu ketika aku di jalanan melihat seorang wanita tua yang gila..melihatnya berjalan melintasi jalan tanpa arah tujuan, tanpa memikirkan kereta yang lalu lalang..sungguh kesian dan amat menyedihkan..namun Allah maha kuasa kerana masih memanjangkan umurnya.. namun apakah tanggungjawab kita?adakah hanya dengan memerhatikan dan menangisi?hanya dengan perkataan kesian sahaja yang boleh diungkapkan..
YA ALLAH, andai masih dirinya diberi peluang untuk hidup, doaku agar dia akan pulih seperti biasa dan memeluk islam. kekadang terfikir..melihat kehidupan disini, di semua tempat aku mesti terjumpa orang gila ataupn tidak siuman..kenapa mesti jadi begini?..Ya Allah..menitis air mata..kerana aku amat tersentuh dan merasakan mereka jadi begitu bukan kerana sakit tapi sebaliknya..namun kenapa masih tiada yang membantu memberi perlindungn..membiarkan mereka di merata jalanan ,meminum air buangan, memakan makanan yang bertaburan..rambut yang tidak terurus, baju yang compang-camping..kita masih memiliki kewarasan akal namun akal kita tidak mampu membuahkan idea untuk membantu mereka..betapa sayangnya.terkesan melihat dunia sekarang yang semakin moden namun tiada perlindungan orang seperti mereka..siapakah yang bersalah?tidak perlu menunding jari..tepuk dada tanyalah iman....Ya Allah andai diberi keupayaan izinkan aku dan sahabatku membantu mereka..berikanlah kami jalan untuk membantu mereka pulih seperti sedia kala dan boleh menjadi pembmbing pula kepada manusia lain ke arah jalan yang benar dan di redhai olehMu..

Saturday, December 25, 2010

Fenomena dunia pekerjaan

Pekerjaan adalah satu bentuk ibadah sekiranya ia daripada sumber-sumber rezeki yang halal (tiada syubhah).Walau sebesar manapun,walau sebanyak manapun habuan yang dibayar atas usaha kita,jika habuan itu daripada sumber yang haram,maka tetap haram.Islam tidak menghalalkan cara tetapi menghalalkan apa yang telah halal dan mengharamkan apa yang telah sedia hukumnya haram oleh Allah S.W.T.

Islam telah menggariskan beberapa panduan kepada kita sebagai umat Islam melalui kaedah sumber perundangan Islam dan diantaranya adalah seperti berikut :

1) Dalil Qat’ie ( dalil yang disepakati ) – Al-Quran,Ijmak,al-Qiyas.

2) Dalil Zanni ( dalil yang tidak disepakati )- al-Istihsan,masalih al-mursalah,al-istishab,sadd al- Zarai’,Qawl Sahabah.

Melalui garis panduan ini,maka kita sebagai umat Islam wajib meneliti,mengkaji,menganalisis dahulu apa pekerjaan yang kita bakal terjuni supaya tidak menjadi bala suatu hari nanti.Memang benar pada masa kini,ramai berpendapat bahawa kita tidak boleh memilih pekerjaan kerana kekosongan jawatan itu adalah terhad tetapi ramai juga yang tidak mengetahui sebenarnya kekosongan sesuatu jawatan itu masih belum terisi kerana tidak berkelayakan seperti yang diminta oleh sesuatu syarikat.

Maka kita bertanggungjawab untuk mencari pekerjaan sumber yang halal demi menjamin kehidupan kita pada masa hadapan,sebagai contoh yang dapat saya kongsikan bersama seperti kata-kata ahli Usul dalam menyelesaikan sesuatu perkara permasalahan hukum dari dalil yang Zanni melalui kaedah Sadd-al-Zarai’,jalan yang membawa kepada sesuatu yang menyebabkan kerosakan contohnya melihat aurat wanita ajnabi,sesungguhnya ia boleh membawa kepada zina.Maka menegah daripada melihat aurat itu dinamakan Sadd al-Zarai’.

Sadd al-Zarai’ juga adalah (aljaulah duunal wusul ilal mufassidah) yang bermaksud menghalang daripada berlakunya perkara al-mafasid (fasad).

Oleh itu,wajib keatas kita mencari nafkah yang halal dan sebolehnya menghindari daripada perbuatan yang boleh membawa kepada kerosakan (diri,keluarga dll).Kita perlu tanamkan niat yang ikhlas dalam hati untuk menjadikan kerja itu adalah ibadah kita setiap hari.Bukan susah untuk kita sebagai umat Islam untuk mencari pahala sebenarnya,hanya kita sahaja yang tidak perasan apa yang kita lakukan hari-hari itu adalah ibadah.Nabi Muhammad S.A.W Bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal,maka bagi mereka itu pahala seperti orang yang berjihad dijalan Allah.”(Riwayat al-Bukhari)

Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu”(Riwayat al-Baihaqi)

Firman Allah S.W.T :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”(al-Baqarah:26)

Fenomenana yang berlaku dinegara kita pada masa kini seperti apa yang kita lihat dan ketahui adalah daripada golongan kaya akan terus kaya dan golongan miskin masih kirang terbela nasib mereka.Ada yang sanggup menindas orang lain demi kepentingan mereka pada masa hadapan.Mereka ini tidak pernah ingat dan tahu bahawa Allah S.W.T murka terhadap golongan ini dan Rasulullah S.A.W bersabda: Lagi akan datang kepada manusia bertahun-tahun yang tandus(kemarau panjang).Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta,pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat,dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan Ruwaibidhah.

Sahabat bertanya: apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?

Nabi menjawab: Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai(hadis riwayat Ibnu maajah)

Maka bertanggungjawablah kita suatu hari nanti dihadapan Allah apabila kembali bertemu dengan-NYA diakhirat kelak.Kita semua pasti akan kembali kepada-NYA dan soalan yang telah sedia bocor oleh Allah S.W.T dihari akhirat nanti antaranya adlah dari mana datangnya rezeki/harta kita dan ke mana dibelanjakan.

Jika kita bekerja untuk menjadikan ianya ibadah,maka ia jalan Taqarrub kepada Allah S.W.T dan jika kita bekerja kerana Allah S.W.T maka Allah S.W.T adalah C.E.O kita dan ingatlah dunia hanyalah sementara manakala akhirat kekal selama-lamanya sebagaimana firman Allah S.W.T :

padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal”(al-ala:17)

Wallahu a’lam…..

Ditulis oleh:Muhamad Syukri

Tuesday, December 14, 2010

Dakwah??peringatan??

Dakwah merupakan satu seruan ataupun ajakan ke arah kebaikan. sekarang kita dapat lihat ramai orang yang selalu mempertikaikan" saya tak boleh berdakwah coz saya bukan amek bidang dakwah pun". MasyaAllah. adakah kita tahu bahawa berdakwah tidak semestinya perlu mempunyai ijazah or master ke dalam bidang dakwah. setiap orang boleh berdakwah. kan telah disebut :siapa yang mengucap lailahaillalallah maka dia adalah :"ad'daie". sebagai seorang muslim telah disebut didalam rukun islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah dan rasanya setiap muslim itu juga bolehla dikatakai seorang yn "Ad'daie" .

Tetapi .. bagaimanakah kita boleh menjadi addaie?bagaimanakah mahu menjadi seorang yang memberi peingatan kepada orang lain? Mari kita muhasabah diri tanyalah iman. kita mampu menyampaikan sepotong ayat yang boleh memberikan peringatan untuk setiap orng seperti "janganlah merokok, merokok akan menyebabkan kanser"...ha ayat ini juga boleh dikatakan satu peringatan dan dakwahlakan?ke salh ayat sy ni?..dalam uslub dakwah sy juga ada mempelajari uslub berdakwah dan salah satu daripadanya adalah berbentuk ancaman mahupun peringatan. jadi ini bolehlah dikatakan sebagai dakwah. jadi semua orang boleh menjadi pendakwahkan?. cuma bagaimana kita boleh menyalurkannya? ini semua hendaklah bergantung kepada kita kerana matlamat kita adalah dengan ber sifat ubudiyyah..
Apa yang kita lakukan mestilah kerana Allah taala. ingat Amar makruf nahi mungkar. Islam tidaklah memberatkan bahkan ia memudahkan. sungguh indahnya hidup didalam Islam. namun bagaimanakah caranya? hindarilah segala laranganNya dan lakukanlah segala suruhanNya. andai kita tidak mengetahui sesuatu perkara atau sangsi, tanyalah kepada yang lebih pakar dan rujuklah kepada kitab2 yg tertentu. tapi AWAS andai mahu merujuk kita, jgn smapai kita tersalah fhm pula..jika tidak memahami isi kandungan bertanyalah kepada orang yang lebih pakar agar tidak tersesat atau melencong. Andai apabila kita cuba menyampaikan sesuatu peringatn kepada seseorng, tetapi orang itu tidak ambil cakna atas apa yang kita cakapkan, jgnlah bersedih dan cubaah memberi perintan sekali lagi, dan selebihnya hendaklah kita berdoa untuknya..

Memberi peringatan dan dakwah adalah sama right??dakwah bermaksud seruan atau ajakan ke arah yang lebih baik...kita mungkin merasakan kita tidak layak memberi peringatan kepada orang lain tapi andai semua orang merasakan tidak layak, siapakah yang akan memberi peringatn? kita dapat lihat fenomena pada hari ini, setiap orang wat hal masing2..adakah ini jalan penyelesaian yang terbaik??fikir2kanlah sahabatku ...coretan ini hanya sekadar peringatan , untuk semua dan khususnya untuk diri sediri..contentnya mungkin agak bercelaru sedikit..hanya ini yang dapt dismpaikn..andai ada kesilapan..mohon perbetulkan..assalamualaikum

Sunday, December 12, 2010

Aku hanya insan biasa

Aku hanya insan biasa
tak bisa menungkah dunia
tak bisa melintasi jalanan api
mahupun merentasi lautan luas


Aku hanya insan biasa
punya perasaan seperti insan lain
punya hati yang ingin dikasihi
punya naluri yang ingin dicintai
punya rasa ingin berkongsi segalanya

Aku hanya insan biasa
mana mungkin aku mampu mengawal hati
mana mungkin aku mampu mengubah takdir
mana mungkin aku mampu merasai segalanya
kerana aku adalah hamba Allah yang..
serba kekurangan lagi lemah..

Aku hanya insan biasa
nafsu mampu menguasai segalanya
minda bercelaru dengan timbunan masalah
hati dikuasai dengan sifat mazmumah
ini adalah kerana...
Imanku yang kian rapuh...

Aku hanya insan biasa
akan terus mengorak langkah
menghadap yang Esa
menyembah PadaNya
Bersujud padaNya
kerana mahu menggapai impian
meneruskan cita-citaku
hanya kerana aku mahu...
mencari keredhaanMu Ya Allah

Aku hanya insan biasa
Aku akan menjadi insan yang luar biasa
disisimu Ya Allah......
INSYAALLAH

Tuesday, December 7, 2010

First day di rumah

:-)...Assalamualaikum..saje nak bercerita mlm ni mklmla da tak dpt tido lak ni..td da rhat jap..so nak lyn blog jap hehe...hari ni.....sampai dirmah da pukul 12 lebih..Alhamdulillh sungguh gembira..tak sangka sbnarnya da smpai rmah..rasanya macam baru je smalam rncang nak balik ...huhu..pjam clik da ad kat rmah pn..haha...1 perkara yang da lama betul tak buat g ke ladang...hari ni saje tkar mood bersama abah, kakak ipar, kak nor,adik n abg g sungai untk pancing ikan...cewah mcm la pndai ..hehe..da lama tak pegi sungai tu...agak berbeza dari dulu..dulu slalu pergi cari kepah n mandi bersama family..dulu pn tak de air pn g situ gak...mklmlah duk kmpung..masa turun curam ...nasib tak jtuh ..da tergelincir ckit coz licin nasibla tak berdebuk..kalo tak...hmmm...sejarah berulang lagila nampak gayanya..dak2 ni lak da gelakkan aku da..haha..owhh ingat orang tak prnah msuk hutan ek..hehe...kat sungai tu ngah penuh nyamuk n kurang selesa..kami pn pndahla g kat kolam abah..hbsla ikan kaloi abah..haha...berpindah ke kolam ngn abc kerepok n pisang goreng dtgn ..wah nak memancing ke berkelah ni?...hehe..besela sambil memancing sambil mkn..huhu..g kat kolam abah ade pondok n ternakan ...dah lama sgt tak rasa suasana dulu dmana kami bermain air, mengutip buah helai bersama abah n mak..sungguh tenang melihat ciptaan Allah(Subhanaallah) walaupun sesetengah orang agak sukar untuk berada di ladang...kadang2 perkara inilah yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..teringat abah membanting tulang satu ketika dahulu untuk mencari rezeki..sdih lak cite ni...ok ..then g kat kolam ambilla pancing sampai berebut masing2 nak mancing ikan.dak kecik ni pn nak berebut..isyh2..haha...port yang pertama di kolam besar..satu ikan pn tak dpt ..sangkut kat btg pokok adela...kali kedua test pn sangkut..tapi kali ketiga da dpt ikan tp when tarik pancing leh lak ikan tu msuk blik dlm kolam..mak aiii..haha..dah guane mu tarik kuat sgt...ikan pn jth..bile da dpt sekor tu..try lg..dpt lagi...bestnye...kali ketiga pn dpt gak cuma kurang mahir dlm menarik..nsb tak jth...barula aku rasa cam ne orang boleh jadi tak ingat dunia coz memancing..bahaya gak tukn?.selagi tak dpt sekor selagi tula tak puas hati....ha satu cite yg menarik lgi..tgh2 kak nor siang ikan n aku lak ngh sibuk memancing..tiba2 ade seekor ular air dtg....rupenye ular tu datang coz bau ikan..nsibla abah datang n bunuh ular tu..Alhamdulillah tak de pape..tp ular kecil jela..kat kolam tu mmg ada saliran air yang kami leh duk santai sambil main air..best gak..tp tula da lama tak bersihkan..bayk pokok da tmbuh...nak try pancing ikan kaloi..tp abah cakap ikan tu abg long mahu pelihara coz die yang beli..agak besar jugakla ikannye...mula2 da msuk gak pancing tu kt dlm kolam tp da abah said like that..ok tk pela...kalo tak msk kaloila pas ni...hehe..masa pn da agak mencemburui kami...da petang..kalo ikutkan nak stay je..suke dpt ikan hehe..tp hari da petg..so kenala blik..kalo mak ikut skali td mesti best..tp da mak letih..tak pela..kla saje suka2 bercoret..ape2 pn..jagn jadi pemancing yang tak ingat dunia ek..:-)..pasni kak nor, abah n abang jom g memancing lagi..hehe